Kelas E-Learning (Kuiz Ulangkaji Pelajar Tahun 3)

13 September 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 12 Sept 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu ‘Kuiz Ulangkaji Persendirian Pelajar Tahun 3’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh seorang pelajar tahun 3.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mendidik peserta untuk mengulangkaji pelajaran mereka agar dapat meningkat dan menguji pemahaman mereka terhadap pelajaran mereka ketika di sekolah.

Kelas kali sama seperti kelas ulangkaji sebelumnya. Peserta pada mulanya akan diberi tunjuk ajar cara mendapatkan soalan-soalan dan kuiz ulangkaji percuma yang terdapat dalam Internet. Memandangkan kelas kali ini merupakan kelas persendirian untuk peserta tahun 3, jadi kuiz yang akan dijawab ialah kuiz untuk murid tahun 3. Terdapat 2 laman sesawang yang menyediakan kuiz percuma telah digunakan iaitu Quizziz.com dan Wordwall.net. Peserta mulanya diberikan tutorial cara menjawab dan mencari soalan dalam laman sesawang ini. Setelah peserta faham, peserta tersebut dikehendaki menjawab kumpulan kuiz yang terdapat dalam lama sesawang tersebut. Pada kelas kali ini, peserta tersebut telah mengulangkaji subjek Matematik dan juga Sains tahun 3. Banyak soalan yang berjaya dijawab oleh peserta tersebut dalam masa 2 jam kelas berlangsung.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali